My Story

Monday, March 04, 2013

Malam Gala Biologi

Assalamualaikum. Lama tak jenguk blog. Menjengah sini nak kongsi cerita :) Cerita lama pun boleh.
Ohho, sedar tak sedar aku dah 19 tahun. Dalam 19 tahun aku hidup, aku terfikir apa yang aku dah buat. Berguna ke tak apa yang aku buat. Sepanjang mengenali orang lain, adakah aku menyusahkan diorang. Ataupun boleh buat orang senang hati. Selalu tak aku buat mak ayah senyum. Masa kat sekolah. Selalu tak buat kawan2 senang, buat cikgu2 happy.

Aku nak kongsi cerita masa kak Heliza datang KMK haritu. Sempena Malam Gala Biologi, lecturer yang anjurkan kebetulan kawan baik dengan Kak Heliza. Alang2 tu, jemputlah Kak Heliza datang bagi ceramah motivasi malam tu. :) Malam tu khas untuk students Bio je tapi dah alang2 artis datang, tiket dijual kat student lain sama. Maka aku dan majoriti ahli #Bebusak yang lain yang bergelar student fizik pun turut ambil port. Haha bukan selalu nak jumpa artis datang KMK yang dekat2 Siam ni #ehh.

Maka malam tu kami #Bebusak Fatin, Joko, Zara, Haida, Hawa, Aman dengan Hanan pun sakanlah bergambar di majlis tersebut. Seolah2 kamilah artis malam tu. Hahaha ulang suara, bukan selalu nak jadik artis, eh nak jumpa artis. Bila kak heliza masuk, subhanallah cantiknya dia. Flawless berseri seri. Kagum sekejap :) * Tapi mak kata kita pun cantik, cuma bezanya heliza tu artis, hihihi *

Kak heliza bagi pesan macam2. Dia ajar zikir guna melodi yang dia cipta, sedap :) Kak heliza cerita pasal pengalaman dia ke Gaza, penderitaan yang umat Islam saudara kita alami kat sana, dia tunjuk gambar2 yang dia caotured sendiri. Sangat sedih sampaikan Joko pun menangis . Aku pun ada gak mengalir air mata. Teringat arwah ayah. Walaupun ayah tiada, sekurang2 nya aku tahu ayah pergi , sedangkan budak2 yang hilang ayah ibu kat sana tak tahu apa jadi pada ayah diorang. Sedih kan. Jadi yang penting bersyukur.

" Apa yang kita sebut, apa yang kita buat, apa yang kita minta, semuanya doa " - Kak Heliza

Malam tu ada jual mafla yang akan sumbang ke Gaza kalau kita beli, teringin nak beli malangnya tak bawak duit langsung. Mlm tu pun ada lucky draw. Dapat pendrive, mp3 player. Yang paling best dapat android tab. Untunglah siapa yg dapat. Budak yg dapat tu baru je hilangphone. Nampak tak Allah nak ganti phone dia macam mana? Allah Maha Mengetahui :)


Yang paling penting, masa bersama #Bebusak yang indah :) Rasa dihargai kalau dengan #Bebusak. Thanks kawan kawan :)



No comments: