Yayang ! Jemu tak I datang lagi nak update yuu? Soorry ye yayang hari ni I bosan so I come to you lah yayang I . XD Okay stop with this nonsense opener .
Buang mentaliti itu? What's wrong with the title? Oooh I have no idea so I put it, sorry if it bothering you :)
Ape kena dengan aku? Yeah, memandangkan hari ini hari ibu jadi aku nak mendedikasikan satu ucapan untuk ibuku , yang lebih famous sebagai "Datin Halimatul" dalam contact friendlists handphone buruk aku.
Buang mentaliti itu? What's wrong with the title? Oooh I have no idea so I put it, sorry if it bothering you :)
Ape kena dengan aku? Yeah, memandangkan hari ini hari ibu jadi aku nak mendedikasikan satu ucapan untuk ibuku , yang lebih famous sebagai "Datin Halimatul" dalam contact friendlists handphone buruk aku.
SELAMAT HARI IBU
Segala perit yang ibu lalui untuk membesarkan kami empat beradik selama ini insyaAllah akan Along kenang sampai bila bila pun. Sampai mati.
Terima kasih ibu untuk segalanya :)
Tadi aku dengar angah borak ngan mak ,dia call mak. Nak ucap selamat hari ibu lah tu :)
Aku dengar mak aku cakap camni, "Mak cuma nak hadiah angah belajar sungguh-sungguh, cemerlang dalam SPM". Then aku terfikir, mesti mak mengharapkan sesuatu yang macam tu daripada aku kan?
Otak aku yang berkarat ni perlu diasah. Coz tak lama lagi pun dah nak ke matrikulasi nun di utara tu kan.
So aku cuma fikir takut. Takut tak dapat skor. Takut itulah. Takut inilah. Itulah kesilapan aku kerana aku berfikiran negatif. Yea, aku takutkan cabaran.
Kenapa?
Masa sekolah rendah. Standard 1. Nak kata aku pandai, tak lah sangat, star tu jauh sekali. Dalam aliran selalu nombor belas2 jelah. Keadaan berterusan sampai standard 3. Tapi aku amat star subjek BM. Setiap test dan exam aku dapat 100%. Aku bangga tau dengan diri aku, :) *bagus ke macam tu? Tapi untuk sekolah agama pulak, aku pemegang no 1 dalam aliran. Jarang2 ada orang ambil tempat aku, sangat sangat jarang. Kalau ade pun cuma sorang, nama dia Afiq Awaluddin :)
Masuk darjah 4 aku macam bosan asyik dapat nombor belas2 plus aku tak pernah dapat 5A dalam ujian memane pun so aku pun try la nak jadik star. Tapi aku bukan rajin mane pun cuma, ape yang cikgu ajar melekat terus dalam kepala otak aku. Mungkin sebab arwah ayah yang garang and ambik serius pasal study buat aku tak berani memain. And masa darjah empat aku terus skor skor dan skor. Cuma aku asyik dapat 4A1B dan masalah aku ialah Matematik. *Aku fobia subjek tersebut.
Ade sekali aku dapat 74% jea dalam ujian Matematik , and masa tuh da dapat semua paper. I got A's for every subjects including Kajian Tempatan, Muzik, Seni and bla blabla tapi Matematik B. So aku pun buat taktik susun paper yang A tu semua kat atas kertas Matematik aku letak bawah sekali. Balik dari sekolah aku tunjuk kertas kat ayah .Mostly papers tu semua aku dapat 90% above so ayah no comment dia cuma senyum senyum ,aku intai dari bilik :) Tiba tiba ayah aku masuk bilik ,aku ingat dia nak wish tahniah or ape tapi tibe tibe dia tunjuk paper Matematik aku sambil tanye ,"Ni ape ni? Ayah suruh belajar betul betul, kamu buat apa kat sekolah?" Aku cuma nangis dalam ketakutan. Tapi aku tahu salah aku. Aku bukan orang senang pun nak main2 dalam belajar.
Sejak tu aku fokus tapi Matematik aku memang tak pernah skor. Masa darjah enam aku bolot semua anugerah cemerlang. Aku dapat 12 hadiah + hadiah terbaik NILAM. Tapi aku masih tak dapat highest marks for mathematics and aku dah mindset memang aku bodoh matematik.
Akhirnya aku dapat 5A tapi aku tak hairan sebab aku dah yakin aku dapat 5A *teruk kan aku?
Aku pun ditawarkan ke SBPIT. SBP tuh, tak sangka aku dapat SBP. Aku tak bercadang nak pergi sebab aku ni name je anak sulung tapi aku nigedik, manja plus pemalas pulak tuh. Aku dengan yakin lah ke SBPIT dengan harapan aku akan skor macam masa sekolah rendah tapi tu suma sia-sia .First paper yang cikgu return mark masa P1 form !, geografi punya paper. Aku dapat 75% jea. Aku menangis keluar kelas sebab tak dapat A. Teruk kan? *Kan aku dah kate aku gedik dan manje.
So aku tak yakin langsung nak straight A's dalam PMR. Sebab dalam form aku berlambak lagi budak star-star. Amat ramai, almaklumlah, SBP lah katekan :)
Aku teruk , aku main-main belajar. Result final exam form one aku excellent la jugak so aku dapat masuk kelas pertama masa form 2. Masa tulah aku hanyut, main-main. Subjek matematik dengan sains, takyah cakap la. Sokmo jea gagal. Buat malu jea budak kelas !'st gagal dua subjek tuh. Teruk kan.
Masa form 3 aku turun kelas. Masa pendaftaran, ayah aku marah alig alig sebab aku turun kelas. Depan depan cikgu Warniza dia marah aku. Yea, salah aku jugak kan. Ayah aku kerja susah nak biayai sekolah aku termasuk adik-adik, dia dimalukan dengan anak dia turun kelas. Aku minta maaf ayah.
Aku try skor masa P1 form 3, even kelas kedua. okey la jugak aku dapat no 14 masa tuh. And incident berlaku. Ayah meninggal masa form 3. Aku jadik malas nak belajar plus hilang semangat. Ramai tegur aku jadik cepat marah and pendiam tapi nak buat camna kan. Bukan semua orang boleh rasa apa yang aku rasa. Mujur la, dalam kelas duduk sebelah Dayah, die salu ar jugak tolong bab2 study ni. *Thanks yayah :)
Belajar macam biasa, BM BI aku star tapi Maths aku teruk sampai masuk kelas pemulihan terakhir yang kire budak2 teruk Maths la. Malu doe. Hahaha nasib aku laah kan. But the reality Math best, aku baru dapat rasa masa tu. Jadik masa PMR aku jawab sebaik mungkin jelah dan aku pon taktau aku boleh skor 9A ke tak kan sebab aku rase cikgu pun cam tak sanggup je skor 9A kat aku. Aku kan pemalas. Hahaha.
Masa result keluar cikgu Asiah kata teruknya result awak .Aku cuma tebalkan muka jea lah. Terbayang wajah ayah jap. Sampai hati aku hampakan hasrat ayah. Then bila cikgu bagi slip kat aku aku senyum jelah ,nak buat apa kan. Aku tengok ada sembilan baris A, dari atas sampai bawah. *Yea, cikgu Asiah kencing aku. Pandai die berlakon. Then aku hug hug cikgu cikgu dengan mak aku dan aku sempat ucap terima kasih kat ayah dalam hati sebab selalu bagi inspirasi kat aku. Tapi aku ada la touched jugak dengan some budak2 ni kan, budak kelas 1st, yang tak dapat 9A, dorang tak caya aku dapat 9A. Aku rasa nak hempuk dorang. *Ingat aku bodoh sangat ke?
Then masa form four nak buat pilihan nak masuk aliran apa aku pergi sains teknikal. Aku pon taktau nak ambik aliran apa tapi aku tak minat bio so aku join sains teknikal padahal aku takda geng sorang pun kat aliran tu. Tibe tibe pah datang die tarik aku die cakap , penat2 kau dapat 9A , A arab, baik kau masuk sains agama. Then aku pun follow jelah, tapi Eida gi blah kat kelas Sains Tulen. Aku budak sembilan A? Aku ambik sains agama? Unbelievable tapi itulah realitinye.
Masa form 4 aku main main and tak struggle sangat dan akibatnya ambikkau. P1 jea aku dah dapat no 110. Hahaha then ada tragedy di mana aku kasik tiru jawapan QS kat Fanah , tapi kantoi ngan cikgu. Masa aku angkat kertas nak kasik tiru tetibe kertas aku kena ambik then aku pi gelak sebab aku ingat Fanah yang ambik kertas QS aku. Ternyata dia ialah Cikgu Ana *Cikgu kaunseling, garang dohh.
Sejak itu aku cam tak yakin dalam memane exam pun and aku malu sebenarnye sebab crush aku pandai setiap kali exam dia topten. Aku je bengap sesorang. Hahaha. Subjek Bio, addmath, physics kalau fail tu nama aku memang wajib ade ah, cikgu takyah bgtau pun memang aku tau. Sampai gitu tahap kecipanan aku ni kan.
Masa kelas physics cikgu letak aku under special protection by Anas. Dia kan star physics so match la dengan aku yang kureng sikit ni kan. Aku penah nangis dalam kelas physics pasal tak dapat jawab soalan cikgu then aku malu gila. Semuanya Oja punya pasal. Dia memang pandang rendah kat aku sampai setiap kali cikgu cakap ada yang fail dalam any subjects pon, die terus pandang aku. Aku rasa terhina gila but that's a fact and I've tu accept it. *Padahal kekadang bukan aku pon yang fail tuh.
Naik form 5 aku masuk kelas kedua dengan budak2 form 4 baru. Nama pon f4 baru, mestilah pandai2 kan. So, makin teruklah aku nanti ,lagi2 addmath cikgu Faridah, GPK1 yang ngajor. Bayangkanlah kegarangan diaaa ! Tapi dia lovely an caring doh!! :) Haaa, untuk addmath sepanjang test dan exams hanya sekali aku penah lulus tu pun marakah 40% jea. Physics, Bio ngan Chemist pon lebih kurang jea, muka aku lah cikgu sokmo carik kalau bab2 budak fail neyh. *Tapi takdeklah teruk sangat-sangat kan :)
Masa kelas anjal aku buat jelah yang termmpu coz aku macam ada gak putus asa. Dengan kawan2 aku yang star bagai aku makin down but aku study study2 sama2 dengan Pinie and Dayah salu sangat tolong aku, Ecah Wawi pon dengan Mashi, budak2 5B , 5S, Eida, Kina dengan geng2 P08. Thanks korang and akhirnya dapatlah result yang macam sekarang. Meskipon tak excellent macam 33 tapi aku bersyukur dengan status aku yang menjadi buruan cikgu aku still boleh dapat banyak tu A , walaupun tak straight kan :)
Alhamdulillah.
Sekarang zaman SBPIT dah habis dan aku kena teruskan untuk yang seterusnya di matrikulasi. Asyik2 orang cakap matriks is a fast track so aku takleh memain and aku masih takut dengan addmath .
Aku cuma harap doa ibu ayah and family dan kawan kawan jea. Thanks korang.
Sekarang dah maghrib si I've to go.
Later I'll continue.
Kbye , assalamualaikum. Daa yayang :)
Fatin Atheerah
4 comments:
Jahat gler oja. Haha
Oja memang kan? Hewhew selalu period dalam kelas die tuh.
p/s : dah lama oja menyepi. Mana dia eh?
Hish Fatin nih.. buang mentaliti tuh..
kesian oja, tersedak2 die.. hehe
good luck weh.. matrik tu kau boleh pnye insyaAllah =)
Hahaha oja kan partner aku :)
Anas ,famous lah kau kat blog aku.
Thanks GM :)
<3
Post a Comment