My Story

Saturday, June 02, 2012

KMK hidup baru .

Lamenya aku tak mengepost. Kesian yayang aku rindu aku. Okay, here I come. I miss you so much yayang. Don't cry because I am here now :)

I am Matric's student now. I am now at Kedah Matriculation College. With other 2500 something students with same vision and hope with me, to success in their track. So am I, carrying my mother's hope. Never wanted to be here, but now here am I.

Ber speaking bagai pulak aku kan. Bukan ape, kat sini, pengarah jadikan English as bahasa pengantar, so yang tadi tu kira macam praktis la kan. Aku rasa macam nak story la pulak pengalaman sepanjang orientasi kat sini, atau name glamournye MPPB. Minggu pengurusan pelajar pelajar baru. Minggu nak adapt new environment, bak kata orang putih la kan ;)

Masa mula2 nak daftar, memang sesak. Sedangkan aku yang bermalam kat Bustani Hotel kat Jitra yang keluar awal ni pun sampai lambat, apetah lagi yang jauh jauh sikit tu kan. Memang jammed tahap Gaban. Itulah petanda Kolej matrikulasi Kedah menjadi rebutan. That's the first point making me felt lame. Okay fine. My mom wants me to be here okay.

Sampai KMK memang jammed gila nak mati sampai aku rasa better semua orang kat dunia ni pakai Ferrari or Lamborghini, paling cikai pun Mini Cooper la kan. Takpayah gedik gedik nak pakai Estima la, Mazda la, Audi ke, buat semak jalan raya je. Okay , berhenti merepek.
Benda seterusnya yang membuatkan aku merungut ialah kepanasan yang melampau. Okay, patutlah mak aku sibuk sibuk suruh bawak sunblock lah, krim lah ape bagai. Dia takut anak dia hitam. Opps sorrylah, aku tak minat lah nak meminyakkan muka aku dengan bendalah bendalah tu. Hehe .

Kemudian ,benda lain yang buat aku memuncung kira-kira dua depa panjang ialah keramaian orang yang terlampau. Tak sangka aku berlambak-lambak orang nak datang sini. *Sebelum persepsi aku mengenai matrik berubah*. Straight tu the point memang aku kutuk habis-habisan lah hari tersebut kerana ketidak relaan aku untuk berada di sana. *sekarang dah jadi sini*

Maka apabila selesai sesi mendaftar , memberi telinga untuk diceramahkan tibalah sesi yang paling aku menyampah iaitu sesi ditinggalkan oleh ahli keluarga tercinta. Tak sanggup doh. Lima tahun duduk asrama berlainan negeri, ni lain perasaannya. Sebak dada aku tahan je dari malam sebelum datang KMK nie. Puas dah aku menangis takut tak dapat survive. *konon-konon lah kan padahal malas nak sambung study jauh jauh.* Then masa salam mak dalam bilik tu, air mata aku memang tak dapat dibendung dah. Aku menangis .Hahahaha so funny aku menangis macam baby girl. Mengada ngada nak mampus. Buat malu jea. Aku tak sampai hati lah, aku menyesal aku nangis sebab aku tau mak susah hati tengok aku nangis. Maklumlah pada mak, aku ni suka pendam problem sorang2. Forsure dia taknak aku macam tu kat sini, dia takut aku stress. Itulah sayang seorang ibu kan :) I LOVE YOU MOM <3

Mak dah balik. Aku sorang sorang kat Kedah. Rumahku di Selangor. Masa tu rasa macam gedik gila coz sambung nangis sorang sorang dalam bilik. Tah pape nak mampus lah aku. Ish3, manja. Macam lah tak biasa duduk asrama. Tibe2 roomate aku masuk. Okey, tangisan tadi diganti dengan senyuman manis bak susu nespray ditambah madu. Comel secomel nye aku senyum nak cover nangis. Padahal mata merah jugak. Haha.

Berkenalan dengan roomate , Scha mek klate, Dayah dengan Faizah, orang Kedah jugak. Dalam dorm aku dikira macam translator jugak la. Sebagai orang yang mahir dalam segala bahasa kat Malaysia ni, tu lah tugas aku selaku budak TESL tak jadi. Translator. Hahaha.
Roomates + aku = GILA. Kelakar + gelak gelak = MEMEKAK itulah kitorang. Sukat merepk then gelak berempat. Macam ni HAHAHAHAHHAHAHAHA .

Minggu MPPB nie biasa je bagi aku. Takdelah pack pun jadual die, macam yang dirungutkan oleh students baru lain. Maybe sebab aku dah terbiasa dengan penggunaan stamina yang banyak masa kat sekolah dengan kem PLKN dulu kot :)
Alhamdulillah, akak akak dengan abang abang fasilitator banyak membantu lah jugak. Cuma yang tak tahan bila depa dok teriak2 keluaq kan suara yang bagai halilintar membelah mantel bumi. Amatlah tidak aku sukai sebab aku ni pantang dengar orang jerit sikit, terus gelabah gila thap pesakit gigil gigil tu. Aku pon tak tahulah kenapa kan.

Masa ceramah, adalah diceritakan serba sedikit matlamat matrikulasi ni ditubuhkan ,kecemerlangan matrikulasi ape bagai. Program Mentor Mentee pun boleh tahan. Alhamdulillah aku dapat seorang mentor manis dan baik hati, Puan Noriantie bt Ibrahim. Such a lovely and soooo caring tau Puan Noriantie nie. Mentee mentee aku pon ramai orang Kedah dengan Kelantan. Sat aku try test aku ingat lagi tak nama depa.

Syafikah, Izzati, Nadzrin, Miza, Sa, Najwa, Syikin, Idah, Syawalna, Asma, Humaira.
Amini, Basyir, Fifi, Syafiq Peng, Zulhilmi, Adib Akram, Adat.

Mungkin ada yang tertinggal? Memang ada, maaf sangat2 aku tak berapa ingat, bukan aku lupa, just tak berapa ingat buat saat ini. Mungkin 20 saat akan datang aku dah ingat semula kat korang :)

Hmmm, selain berjuang untuk 4 flat *AAAAMIN :)* Insyaallah, doakan aku. Matlamat lain aku , macam biasalah, aku kan gila sukan .Basketballer mana boleh lupakan board. Hmm aku nak main basket untuk KAKUM. Karnival Kokurikulum antara Matrikulasi. Kira macam HKSBP jugaklah :)
Ada selection petang2 masa orientasi tuh. Alhamdulillah aku masih ada keyakinan bermain basket and I really enjoyed the game :)  InsyaAllah doakan aku terpilih. Main basket buat aku teringat anak2 buah team sekolah dulu T.T  Rinduuu  T.T

So macam macam aku dapat sepanjang minggu orientasi tu, seperti kepenatan, pengurangan tona warna kulit, kerinduan kepada family dan kawan kawan and sometimes feel like alone just tears as my friends. Hmmm tapi di sebalik itu terselit banyak kebaikan. Mengajar aku untuk terus tabah. Nak mencari ilmu ALLAH , di mana-mana pun boleh, insyaALLAH dia akan selalu ada dengan kita asalkan kita sentiasa ingat padaNYA.

Banyak lagi yang aku nak cerita tapi tangan aku ni tak serajin mata aku .Mata rajin membaca, tapi tangan tak rajin untuk menaip. Cuma aku harap lepas ni aku tabah menuntut ilmu, tak main main macam dulu dah, meskipun aku sorang sorang di sini. Kawan itu sentiasa ada, InsyaAllah. :)

Haziq dengan Yo Rul pun aku tak jumpa lagi. Tak aci Yo Rul dah nampak aku, aku tak nampak die lagi. ):

Oh, lupa nak beritahu, aku dapat Modul II , Sains Fizikal. Di situ dah ada tanda tanda aku bukanlah berwajah seperti seorang doktor :) Aku tak kisah lagipun aku memang minat Fizik, insyaALLAH aku akan study hard untuk 4 flat, amin. Atau mungkin 3.5 above. Semuanya rezeki yang Allah nak bagi. Aku cuma mampu berusaha dan berdoa. Macam pesan mak, kalau boleh tiap2 hari dhuha dengan solat sunat hajat, pintu rezeki terbuka luas, insyaALLAH. Tapi bak kate lecturer kalau semayang sunat bagai nak rak ,tapi subuh hari hari tebabas baik lipat sejadah je pi jual. Hahaha betul kan?   :)

Hari ni kawan2 ramai pergi mendaftar kat PALAM, UIA :)  Goodluck for them and I just want them to know how I miss them. So much and I hope we're friends till JANNAH :)

Akak akak fasi ada yang dah balik. Gonna miss them :) Terima kasih melayan kerenah budak2 baru KMK yang mengada ngada macam aku nih. Ada abang fasi yang aku admire tu, haha. Goodluck :) *Bukan admire apa pun, kang orang ingat aku menggatai pulak =='*

Doakan aku yang di sini ye :)

Till I write again, insyaALLAH :)
Assalamualaikum :)


Fatin Atheerah

No comments: