Subhanallah. Indahnya ciptaan Tuhan. Air mengalir itu membuat jiwa tenang. Betapa segar dan mendamaikan minda.
Tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi seandainya air itu berhenti mengalir. Keras umpama batu. Begitulah hati manusia. Ada yang lembut, keras, batu, hitam, bersih dan suci.
Yang keras dan hitam itu kerana dilitupi oleh titik titik hitam dan noda daripada dosa dan kejahatan yang dilakukan.
Yang bersih dan suci itu kerana sifatnya yang suka memelihara diri dari kekotoran dan kekufuran.
Sesungguhnya iman itu segala-galanya dalam diri.
Terpulang pada kita, membiarkan iman berkurang dengan berterusan melakukan dosa, ataupun meninggikan darjat iman kita di sisi ALLAH dengan berusaha melakukan kebaikan.
"Orang yang paling mulia di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu"
Taqwa ialah melakukan perintah ALLAH dan meninggalkan larangannya.
Taqwa amat berkait rapat dengan Iman.
Taqwa amat berkait rapat dengan Iman.
Iman adalah Mutiara.
Taqwa itu Kilauannya.
Iman itu fitrah manusia. Fitrah manusia pula cenderung ke arah kebaikan. Namun, wujud pula nafsu yang menghalang kecenderungan itu. Kekuatan melawan nafsu itulah yang dinamakan IMAN. Yang mencantikkan Iman itu ialah Taqwa. Melalui aspek ini sahaja kesyumulan Islam dapat dibuktikan.
~ To be continue. Study Syariah dulu ~
No comments:
Post a Comment