Bosan
malam-malam cmnie.. Ngadap laptop, sambil tengok hindustan.. SHAHID KAPOOR !!!
Hensem cun ah!! Bosan2 ni, tangan pon gatal2 ar selongkar majalah2 lame.. Dan2
jumpe majalah NUR keluaran 2006… Lame ar jugek.. Tapia de faedah gak.. Jumpe
satu artikel pasal makanan baik untuk minda.. So, ape salahnye kongsi en..?
22 Makanan Baik untuk Minda
Formula
pemakanan genius-genius Islam pada masa silam menjadi rahsia keajaiban daya
intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab dalam Bahasa Arab
dan tersembunyi dari pengetahuan orang lain meskipun umat Islam sendiri. Namun,
kini terdapat usaha untuk mengetengahkannya kembali kepada umum.
MADU mengandungi vitamin,
mineral, enzim protein dan antiseptic yang meningkatkan kecerdasan individu
selain zat galian yang memupuk tenaga dan kesihatan mental mahupun fizikal.
Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda : ‘Sesiapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu’
MADU
dilarang keras dimakan bersama tembikai. Amat BERBAHAYA!
KISMIS mengandungi zat besi untuk
membina darah bagi memastikan kandungan oksigen yang disalurkan ke otak
mencukupi.
Cara
makan : Menghadap kiblat, membaca basmalah dan selawat tiga kali, baca doa
penerang hati, kemam (jangan kunyah), dan makan sebiji-sebiji 21 biji sehari.
SUSU
SEGAR menajamkan minda dan ingatan serta membekalkan tenaga mental dan fizikal.
Mengandungi enam kelas makanan yang diperlukan; karbohidrat, lemak, protein,
semua jenis vitamin, mineral dan air. Merawat penyakit lupa. Susu hidup lebih
berkhasiat daripada susu tepung.
TELUR menambah kekuatan otak dan
badan. Mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium,
fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, choline dan bahan
estraktif.
Sabda
baginda: ‘Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kpd ALLAH kerana lemah badan.
Maka ALLAH memerintahkannya supaya memakan telur.
HALIA
mujarab untuk gejala kelupaan. Boleh dijadikan halwa (halia yg dijadikan
manisan dgn cara merebus dan dicampurkan dengan gula).
LIMAU
OREN berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran mengikut hadis Rasulullah s.a.w..
BUAH
DELIMA disebut dalam hadis: ‘Barangsiapa memakan buah delima keseluruhannya,
sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari’.
DAGING
BURUNG MERPATI dijadikan makanan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu
kala. Efektif utk mencerdaskan kanak-kanak.
OTAK
AYAM dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam segar boleh dibuat penawar
gigitan ular, dan perlu diamalkan memakannya.
DAGING
AYAM terutamanya daging ayam betina dara keran boleh meningkatkan prestasi otak
dan membaiki darah.
DAGING
BIRI-BIRI sesuai untuk orang aktif dan dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
HATI
ayam dan lembu.
KEKACANG
seperti gajus, berangan, soya dan pistachio.
BUAH
BADAM.
ZA’FARAN
KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
KEMENYAN PUTIH.
BUNGA KOBIS mengandungi asid
amino untuk tenaga mental.
BUNGA CENGKIH.
LABU.
BUAH KEDEKAI (MAJALAWI).
MINYAK SAPI dicampurkan dalam
masakan dalam kuantiti yang kecil sahaja.
SAYUR-SAYURAN dan BUAH-BUAHAN
SEGAR meningkatkan memori..
Tak percaya? Cube dulu..!
Rasa keberkesanannya.. SELAMAT BERAMAL :D
No comments:
Post a Comment